Cara Buat Website Hartanah Cepat dan Murah

by Zulhisham
360 views

Tulisan kali ini saya fokuskan kepada teknik yang saya gunakan untuk membina Website Hartanah sendiri.

Sebagai Ejen Hartanah Berdaftar, saya melihat setiap perunding hartanah wajib mempunyai website hartanah sendiri. Website boleh menjadi branding dan lead machine kepada kita.

Di bawah saya kongsikan cara saya membina website hartanah sendiri dengan cepat dan paling penting dengan kos yang murah.

Murah sebab tak perlu lantik orang lain untuk buat website untuk kita. Di sini kita dapat jimat RM1,000 ke RM3,000. Tetapi semua perkara untuk membina website ini perlu anda buat sendiri.

Cara Buat Website Hartanah Cepat & Murah

Berikut adalah cara yang saya gunakan untuk bina website saya sendiri tak kira website hartanah atau website bisnes yang lain.

1. WordPress.org

Dalam setiap perkara mesti ada elemen utama atau asas yang perlu anda.

Dalam pembangunan website, saya lebih senang panggil perkara paling utama ini sebagai enjin. Ada banyak pilihan seperti Drupal, Joomla, WordPress dan lain-lain.

Saya cadang guna WordPress.org. Full Stop. 

Tak perlu kajian platform yang lain dah.

Lebih 15 tahun saya menggunakan platform WordPress ini. Antara kelebihan WordPress

  • Percuma. ni paling win.
  • Banyak dokumentasi atau rujukan untuk kita belajar.
  • Banyak Plugin yang power.
  • Banyak Theme yang cantik.
  • Senang untuk digunakan.
  • Kebanyakkan server atau webhosting support penggunaan WordPress.

 

2. WordPress Premium Theme

Setiap website yang dibangunkan mempunyai objektif tersendiri. Ada yang buat website korporat, e-dagang, blog dan macam-macam lagi.

Sebagai perunding hartanah, tentukannya anda memerlukan website hartanah yang boleh anda iklankan rumah untuk dijual dan masukkan maklumat servis yang anda tawarkan.

Oleh itu pembangunan website hartanah menjadi pantas apabila anda menggunakan WordPress Premium Theme daripada Theme Forest.

Ada banyak Premium Theme yang fokus kepada Perunding Hartanah. Anda perlu pilih yang berkenaan di hati dan beli.

Harga premium theme ni dalam USD50 – USD60 dan paling best ialah bayaran hanya sekali sahaja tapi boleh guna selama-lamanya.

 

 

Realhomes WordPress Premium Theme

Saya secara peribadi telah menggunakan beberapa premium theme dalam dunia hartanah. Tapi untuk 3-4 tahun kebelakangan ini, saya guna Realhomes Premium Theme sebagai enjin website pilihan utama.

Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan Realhomes dan theme ni dapat memenuhi kempen-kempen marketing yang saya buat. Detail lanjut berkenaan Realhomes Premium Theme boleh klik button di bawah.

 

Cadangan WordPress Premium Theme

Tak minat dengan Realhomes bukan masalah sebab ada banyak Premium Theme yang anda boleh gunakan. Di bawah adalah cadangan saya dan banyak digunakan oleh perunding hartanah di Malaysia.

 

Housez

 

WP Residence

 

3. Domain Website

Agak pelik apabila orang tidak mempunyai nama. Begitu juga sebuah syarikat tidak mempunyai nama syarikat atau agensi.

Sama juga dengan website, domain adalah nama kepada website kita. Sesetengah orang domain website adalah branding kepada bisnes.

Oleh itu saya cadangkan gunakan branding bisnes dalam domain website.

Contoh domain seperti

  • Gohartanah.com
  • iRealty.my
  • Zulhisham.com
  • Refinancerumah.com
Anda boleh beli domain anda sebanyak yang anda nak. Kos domain ini antara RM50-RM100 dan perlu diperbaharui setiap tahun.
 

Anda perlu cari domain yang available dan buat bayaran.

Tempat saya selalu membeli domain ialah di Exabytes dan Godaddy.

 

4. Server

Server ni umpama tempat satu-satu bisnes dijalankan. Contoh seperti sebuah kedai runcit yang memerlukan ruang seperti di shop lot atau shopping mall.

Dalam dunia website dipanggil server. Server ni ada beberapa kategori dalam pasaran dan saya cadangkan anda bermula dengan Web Hosting dan kalau nak yang power sedikit boleh guna Virtual Server.

 

Web Hosting

Saya mulakan website hartanah menggunakan Web Hosting. Sebab web hosting ni lebih murah dan mampu dibeli oleh semua orang.

Pada peringkat awal kita hanya perlu website kita boleh diakses oleh orang ramai. 2-3 tahun pertama saya menggunakan Web Hosting daripada Exabytes.

Saya menggunakan Business Web Hosting EBiz 13 Plus.

  

Virtual Server

Setelah beberapa tahun, saya berhijrah kepada Virtual Server kerana web hosting sediada tak dapat menampung tugas atau bebanan semasa. Website kerap down, diserang oleh attackers dan banyak lagi.

Setelah rujuk beberapa kenalan, akhirnya saya guna server Digital Ocean dan Cloudways. 

Banyak kelebihan menggunakan virtual server ni cuma memerlukan ilmu yang lebih sedikit. Oleh itu saya cadangkan guna Cloudways bagi intermediate level.

Selain itu, virtual server ni lebih mahal sedikit dan bayaran dibuat secara bulanan dalam matawang USD.

Minimum bayaran adalah USD10 dan server saya gunakan sekarang dalam USD30 sebulan.

 

Kesimpulan

Saya yakin ada pelbagai cara untuk bina website terutamanya Website Hartanah untuk kita iklan rumah untuk dijual.

Apa yang saya cadangkan di atas adalah cara saya sendiri sejak menceburi bidang hartanah ini pada tahun 2010.

Cara ini juga saya kongsikan kepada kawan-kawan perunding hartanah yang lain. Dan yang paling menarik kebanyakkan website ini berada top ranking di Google.

Teknik ni memang paling murah, tetapi anda perlu bersedia untuk explore dunia baru sebab website ini anda sendiri yang akan siapkan.

Learning curve bermula memang susah, tapi lama-kelamaan akan menjadi lebih mudah. 

Doakan saya diberikan kesihatan dan kesempatan masa supaya teknik ini saya boleh tunjukkan melalui video di Youtube.

Semoga Berjaya.

Nota : Kalau anda serius nak belajar buat Website Hartanah sendiri, sila join Telegram Channel di bawah. Nanti saya kongsikan tips-tips buat website sendiri.

Leave a Comment